Apa Akan Jadi Jika Perintah Kuarantin Ini Kita Gagal?

12:19:00 AM

Assalamualaikum semua 

Nanie terfikir, bila tengok berita saban hari... Nanie rasa sedih dengan rakyat Malaysia. Nanie perhatikan, Perintah Kawalan Pergerakan yang mana kita semua perlu kuarantin diri untuk tidak keluar rumah kelihatan seolah-olah gagal. Kes positif Covid-19 memang semakin naik setiap hari. Malahan sehingga hari ini 20 Mac 2020 (8.30mlm) terdapat 3 kematian direkodkan. 


Allahu. Susahnya nak ikut arahan. Bukan susah pun nak duduk rumah. Bukan rumah orang lain. Rumah sendiri kan. Kenapa payah sangat. Nanie rasa sedih dan secara tak langsung Nanie rasa sedikit ketidak adilan buat rakyat yang pentingkan diri. 

Bayangkanlah kami ini yang diberikan cuti tanpa gaji (yang belum tentu majikan nak bayar atau tidak) , buat peniaga yang hilang punca pendapatan, buat anak-anak yang belajar ditangguh pengajian, yang nak bergraduasi dibatalkan, yang nak bernikah juga ditunda.... segalanya kerana keingkaran segelintir golongan yang sangat-sangat pentingkan diri. 



Nanie melihat jauh dari perspektif seorang pekerja swasta. Jika rakyat terus ingkar, kemungkinan lockdown ini akan berterusan dan akan menjadi fully lockdown. Kerajaan telah menetapkan hari Ahad ini, angkatan tentera akan turun dan bantu polis mengawal pergerakan rakyat. Tak mustahil juga jika darurat dilancarkan dan perintah berkurung akan berkuat kuasa. 

Segalanya ibarat dominos effect. Satu terhenti, semua akan turut merasa kesannya. Paling ketara yang Nanie nampak dari segi ekonomi. Malahan sumber berita menyatakan akibat dari Covid-19 ni, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia akan menerima impak dan risiko kehilangan kerja. Bukan senang nak naikkan semula satu-satu ekonomi negara. Apatah lagi dalam keadaan darurat yang mana seluruh dunia merasainya. 


Sehingga hari ini, Nanie sendiri letakkan tawakal pada Allah. Nanie tahu sebaik-baik perancang adalah Dia. Malahan virus Covid-19 ini juga adalah makhluknya. Yang dihantar untuk memberi sebaik-baik peringatan dan membawa hikmah yang kita sendiri tidak tahu. 

Nasihat Nanie buat seluruh rakyat Malaysia, bantulah sama-sama untuk kita mainkan peranan dan tanggungjawab sewajarnya dalam membendung Covid-19. Virus ni merupakan satu ancaman yang besar buat seluruh manusia. Dengar nasihat pakar perubatan dan perintah dari kerajaan. 

Nanie sendiri lockdown diri Nanie daripada balik ke Johor sebab tak tahu Nanie pernah jumpa sapa, pernah pegang mana-mana permukaan yang mungkin ada virus ke.... than bawak balik... jumpa mak ayah yang berisiko besar. Nauzubillah. Nanie tak dapat bayangkan!


Dan paling Nanie ngeri, janganlah lockdown ni berterusan. Ya Allah, kau angkatlah bala bencana ini dari tanah air kami, Kau ampunkanlah dosa-dosa kami semua, Ya Allah kau peliharalah dan lindungi kami semua dari penyakit wabak ini. 

Namun jika ia ditakdirkan berterusan, rakyat Malaysia perlu bersedia. Mentally dan physically. Emotionally dan spiritually. Dan paling penting dari segi kewangan. Perlu bersedia. Di saat Nanie taip ni hakikatnya Nanie sendiri masih belum bersedia. Allah.... 

Mudahkanlah urusan kami...

Amin. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.