COVID-19 : Waktu Ini Memang Mencabar

10:29:00 AM

Assalamualaikum semua 


Waktu ini waktu yang mencabar. Nanie sendiri menghela nafas bila melihat apa yang berlaku di sekeliling Nanie. Bukan mudah, tapi Nanie yakin ia pasti berlalu. Just have faith! 



Hari ni, 19 Mac 2020 - yang merupakan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung wabak Covid-19 yang melanda negara. Ya Allah, secara jujur... mana-mana yang membaca segala update berkaitan Covid-19 pasti akan meremang bulu roma. 

Ia sangat cepat! Ia ada dimana-mana. Ia tak kenal siapa. Menyerang dengan ganas dan tanpa diduga. Nanie sendiri self-quarantine diri Nanie. Perintang Kawalan Pergerakan yang berlangsung selama 14 hari tidak membenarkan siapa pun keluar dari rumah, mahupun pulang ke kampung. Macam Nanie, since Nanie tahu mak dan ayah Nanie dalam keadaan imunisasi yang lemah , jadi Nanie putuskan tak balik Johor. Kena bersabar. Kena jadi lebih kuat dan jangan sesekali selfish. 

Dari segi pekerjaan juga, Nanie antara yang terkesan. Buat yang mungkin belum tahu, Nanie baru sahaja 3 minggu memulakan kerja baru di Subang Jaya, masih lagi under probation. Dan terus berlaku perintah ni. Jadi, Nanie perlu ambil "Unpaid Leave" selama 14 hari. Gaji juga akan dibayar kurang dari yang sepatutnya. 

Sedih, sapa tak sedih. Terdiam jugak bila keadaan ni berlaku. Tapi Nanie kena kuat, kena yakin pada Allah bahawa ada rezeki lain yang Allah berikan. Nanie percaya bahawa setiap yang berlaku memberikan Nanie persepsi baru. Cuma perlu bertahan dan berdoa moga ia tidak berlarutan. 

Nanie menyeru semua rakyat Malaysia untuk kita sama-sama bertanggungjawab. Kawal diri dan lindungi keluarga daripada penularan wabak ini. Kita kena mainkan peranan yang besar... bukan semata-mata mengharapkan kerajaan. Allah sentiasa dengan mereka yang sabar. Saling ingatkan diri kita semua bahawa kita ada tanggungjawab besar terhadap isu kesihatan dan keselamatan negara ni. 

Ya Allah, mudah-mudahan kau gantikan segala apa yang kami kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik. Mudahan kau berikan kami kekuatan untuk mengharungi tempoh waktu mencabar ini. Mudahan kau lindungi kami semua dari bala bencana dan wabak merbahaya ini dan mudahan kau matikan kami semua dalam Khusnul Khatimah. 




  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Betul tu sabar duduk rumah 2 minggu je. Takkan nak tunggu kena lockdown atau penyakit merebak mendadak baru nak kuarantin diri.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.