Cara Marketing Mudah Buatkan Pelanggan Tahu Bisnes Anda

11:23:00 PM

Assalamualaikum semua


Wabak Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia didapati telah mengubah landskap ekonomi secara menyeluruh. Rata-rata pakar ekonomi menyatakan bahawa kemelesetan ekonomi akan berlaku, malahan ada yang memberitahu kemelesetan kali ini adalah lebih buruk daripada tahun 1997/1999. 




Secara jujurnya, Nanie langsung tidak pernah terfikir bahawa perkara ini akan Nanie lalui. Dulu masa tahun 97/98, Nanie baru berusia 9 tahun. Memang, rasa gerun di hati memikirkan nasib diri sendiri juga nasib ramai lagi rakyat di luar sana. Apatah lagi, untuk kemelesetan kali ini - situasinya dah berubah. Nanie memikul tanggungjawab dan komitmen untuk menyara diri dan sedikit sebanyak membantu keluarga mana yang perlu.

PELUANG DALAM KESEMPITAN

Namun, ibarat kata Albert Einstein "In the middle of every difficulty, lies opportunity". Yang mana hari ini, Nanie dapat melihat, hampir semua daripada kita mencari ruang dan peluang untuk menjana ekonomi dengan pendapatan utama dan pendapatan sampingan. Waktu macam ni, kadang-kadang rasa ada benarnya jugak kata Ahmad Maslan dulu... "Buat 2 kerja untuk tampung kos sara hidup!" 


Lihatlah hari ini, Nanie yakin... hampir semua daripada kita dah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Buat bisnes kecil-kecilan. Tak kiralah apa sahaja produk mahupun servis, selagi mana ada yang memerlukan pasti akan kita tukarkan manfaatnya kepada sumber pendapatan. Sebagai contoh, sewaktu Covid-19 ini... perniagaan makanan dan servis penghantaran sangat mendapat sambutan. Asalkan ianya di atas talian. Kerana keadaan masyarakat yang "terkurung" dan ketidak upayaan mereka untuk bebas memenuhi keperluan membuatkan mereka mencari opsyen yang ada untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. 


Inilah yang dinamakan peluang dalam kesempitan. Ditambah pula dengan kemajuan teknologi dunia tanpa batasan dan segalanya di hujung jari, segala transaksi pembelian semudah 1,2,3 dan dalam sekelip mata. Memang senang! Kacang gila!


DUNIA ONLINE SEMAKIN "BISING" DAN PADAT! 

Tetapi... perlu dilihat semula. Sama ada kita perasan atau tidak, persaingan dalam dunia atas talian (online) mula menjadi sengit. Saban masa, iklan-iklan akan naik di Facebook dan Instagram kita. Tak kira masa. Apa sahaja yang kita cari di Google, akan keluarlah segala-galanya mengikut kita ke mana sahaja. Jadi, disebabkan lambakan iklan sebegini... bagaimana anda nak naikkan jualan anda jika ada 10 mahupun 1000 orang berniaga benda yang sama? Jual apa yang anda juga jual? 



BAGAIMANA NANIE BOLEH BANTU?

Dekat sini Nanie nak highlightkan kepada anda semua. Peranan satu Marketing Tools yang telah terbukti lama malahan banyak syarikat-syarikat besar dan gergasi juga masih menggunakannya. Di waktu sekarang ni, segala apa yang ada, kita guna sahaja. Asalkan ia mampu menjana pendapatan untuk kelangsungan hidup kita, produk kita, syarikat kita, dan juga periuk nasi kita! 

Nanie nak tawarkan "Servis Penulisan Content Mengikut GOOGLE SEO" yang mana boleh anda gunakan untuk boost lagi perniagaan anda di atas talian. 

Nanie mempunyai pengalaman menulis content selama 10 tahun dan dalam pelbagai bidang seperti kecantikan, lifestyle, insurans, kesihatan, wanita, kewangan dan makanan. Juga Nanie mempunyai 5 tahun pengalaman berkecimpung dalam dunia Marketing terutama pengurusan Sosial Media dan Creative Marketing. 


Nanie ingin kita lihat dunia Content Marketing ini sebagai satu cabang yang membawa perniagaan anda lebih dikenali, mudah untuk dicari, dan paling penting membawa rezeki serta memberi manfaat kepada bukan semata-mata anda tetapi kepada pelanggan mahupun prospek anda. Yelah, letakkan diri kita sebagai pembeli, apa sahaja pun yang kita cari - terus kita buka Google dan cari disitu! Boleh bayangkan tak, macam mana kalau orang cari produk atau servis anda... tetapi tak dijumpai! 

Ruginyaaaaaa lah kan!


THE POWER OF 200

Disebabkan itu, Nanie nak bantu anda yang mempunyai bisnes hari ini, tak kira kecil-kecilan ataupun medium dari segi penulisan content. Nanie nak offer servis penulisan content ini cuma harga RM 200 sahaja untuk 1 artikel. Insya Allah Nanie akan berikan content yang menepati pasaran anda, material yang bersesuaian dan paling penting penyampaian yang mudah dan boleh menjual! 


*TERHAD UNTUK 20 ARTIKEL PERTAMA* 


So, kalau kawan-kawan Nanie yang baca blogpost ni ada bisnes, tak kira apa sahaja produk mahupun servis, boleh terus hubungi Nanie di whatsapp 019-6377762 untuk kita berbincang lebih lanjut. Nanie akan explain bagaimana Marketing Tools ini membantu anda. Sehingga hari ini dah ramai kawan-kawan Nanie yang bisnes kecil dan sederhana yang Nanie bantu dan dapat manfaatnya. Dapat hasil daripada penulisan Nanie. Alhamdulillah! Syukur dan happy Nanie dengar. 

Insya Allah, kita sama-sama membantu dan rebut peluang keemasan dalam kesempitan ini. Kita berusaha sehabis baik yang kita mampu dan selebihnya kita letakkan tawakal pada Allah kerana dia jugalah yang memberikan rezeki buat kita semua. 

Amin. 

WHATSAPP : 
019-6377762 

Instagram: 

Facebook: 




  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.