FAQ Cara Dapatkan Refund Dari Food Panda

1:18:00 AM

Assalamualaikum semua 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni, entry di blog Nanie dibanjiri ramai pembaca yang mencari info dan maklumat mengenai Cara Dapatkan Refund dari Food Panda. Boleh klik link ni untuk baca artikel penuh - http://www.coklateyes.my/2019/11/cara-dapatkan-money-refund-dari-food.html


Walaupun dalam entry tu Nanie ada tunjuk langkah-langkah yang boleh diguna pakai untuk dapatkan refund, tapi ramai juga yang DM & PM Nanie di FB, blog dan instagram bertanya itu dan ini. Ada yang sempat Nanie jawab, Nanie jawabkan... Alhamdulillah ada jugak yang dah berjaya dapatkan kembali duit mereka dari Food Panda. 



Secara jujur, bagi Nanie yang dah lalui proses ni... ia sesuatu yang melecehkan. Apatah lagi di waktu PKP ni, lagi lah sedikit mencabar sebab operasi bank semua terbatas kan. Tapi, jangan giveup. Hantuilah Food Panda & follow up dengan mereka. Sebab tu duit kita. 

Bagi memudahkan urusan & membantu kawan-kawan semua, Nanie share beberapa info dan tips untuk anda ye. Gunakanlah, untuk menuntut hak anda. 

10 FAQ CARA DAPATKAN REFUND DARI FOOD PANDA 

*Disclaimer :  Info ini adalah dari pengetahuan Nanie, bukan daripada Food Panda ye. Sekiranya ada kesilapan, mohon korang betulkan atau jika ada info tambahan, komen kat bawah supaya kawan-kawan lain boleh sama-sama baca & dapat info juga. Terima kasih. 


1. Kenapa Food Panda cancelkan order saya? 

Kebiasaannya tanpa sebab yang valid & tak ada pula dinyatakan secara spesifik. Food Panda akan beritahu order / pesanan dibatalkan kerana restauran yang cancel kan. Itu jawapan standard mereka. Pernah jugak Nanie telefon sendiri Dominos kerana masa tu Food Panda kata bahan makanan di restauran habis, sekali orang Dominos beritahu - Food Panda memang bagi alasan tu selalu! 


2. Apa nombor customer service Food Panda? Nak call buat aduan!

Pusinglah merata-rata website Food Panda ni, memang tak akan jumpa nombor customer service dia. Nanie syak ini merupakan sebahagian cara mereka bagi elakkan dihentam dan dihujani pertanyaan secara direct. Macam pelik kan, syarikat besar-besar tak ada call for customer service, padahal mereka memang buat servis. Padahal, pada pandangan Nanie lah... bila ada customer service call centre, lagi mudah untuk pelanggan ditenangkan... guna psikologi lah of course kan. 


3. Jadi macam mana nak contact mereka?

The one and only cara yang Nanie gunakan adalah melalui email sahaja lah. Ni email Food Panda yang korang boleh gunakan : support@foodpanda.my


4. "Chat With Us" tu membantu tak? 

Maaf tau, Nanie dah gunakan... tapi secara jujur, Nanie memang kecewa. Langsung tak membantu ye Chatbot Food Panda. Nanie tak tahu lah mereka guna real human atau bot, tapi jawapan yang diberikan adalah terlalu standard dan tak ada banyak info. Malahan, lebih mengecewakan dalam chat tu, "Case Closed" oleh team Food Panda sebelum kes itu selesai sepenuhnya. Terpinga-pinga Nanie dibuatnya. 


5. Berapa hari nak tunggu refund? 

Yang ni Nanie tak tahu mana satu jawapan yang tepat. Kalau korang guna Debit/Credit Card, Food Panda bagitau 5-7 hari bekerja. Kalau guna Online Banking perlukan 14 hari bekerja. Dan syaratnya, bergantung kepada pihak bank. 

Cadangan Nanie, bahagian ni yang korang kena peka. Contoh jika mereka kata 5-7 hari, tepat je hari kelima, korang terus shoot email tanya mereka. Follow up case korang. Tanya guna ayat bodoh-bodoh pun tak apa. Janji korang highlightkan semula isu korang. Secara logiknya kita nak dia nampak kes tu di bahagian atas semula. Tak adalah di peram ke bawah. Than, hari ketujuh, buat lagi benda yang sama jika masih belum selesai. 


6. Boleh tak telefon bank untuk cepatkan proses? 

Kawan Nanie pernah guna cara ni, kebiasaannya bank akan beritahu untuk rujuk kepada merchant iaitu Food Panda sendiri sebab ia melibatkan akaun Food Panda dan pihak bank. Kalau korang pernah ada pengalaman buat step ni untuk refund Food Panda, boleh share pengalaman kat bahagian komen ye. Dan beritahu bank mana yang membantu, dan bank mana tak membantu. If ada lah.. 


7. Saya terlupa nak print screen resit dari bank? 

Boleh. Cuma lebih elok kalau korang trace semula lah resit pembayaran tu. Especially untuk dapatkan info nombor transaksi, waktu dan tarikh transaksi. Kalau maybank2u, korang boleh trace resit tu guna maybank2u yang website version. Than attach kan sekali dalam email aduan korang tu. 



8. Kalau saya tak email aduan kepada KPDNHEP boleh tak? 

Tak ada masalah. Itu sekadar cadangan Nanie je supaya hak korang dilindungi dari segi undang-undangnya. Dan seperkara lagi, KPDHEP memang memantau semua urusniaga supaya kita tidak menanggung kerugian dan hak kita dicabul sewenangnya. Malahan KPDNHEP juga boleh menjadi orang tengah dalam isu pertikaian sebegini yang mana mereka akan mengambil tindakan jika didapati aduan terhadap sesebuah perniagaan/syarikat ini terlalu banyak daripada orang ramai. Sekiranya korang rasa boleh selesaikan sendiri, boleh je teruskan tanpa mengadu pada KPDNHEP. 

Aduan kepada KPDNHEP : https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/ 



9. Jika kesilapan berpunca dari saya, boleh tak saya dapatkan refund? 

Nanie cadangkan, kalau boleh sebelum hantar pesanan kepada Food Panda korang pastikan segala butiran korang seperti alamat, nombor telefon dan segala-gala yang dirasakan perlu tu mestilah tepat dan lengkap. Jika korang nampak kesilapan dalam order, cepat-cepat edit dan betulkan. Inform rider. Jangan sampai order dah keluar semua baru nak betulkan kesalaham atau lepas tu mintak refund. Yang tu payah jugak lah... 

Satu lagi, kalau korang buat aduan dan mintak refund, siap-siap letakkan nama penuh, nombor akaun, bank, nombor telefon dan email dalam aduan tu supaya Food Panda tak perlu tanya 2-3 kali dengan korang untuk pulangkan duit. 


10. Jika kita biarkan je tanpa follow up aduan boleh? 

Boleh. Tak ada masalah. Tapi risikonya berkemungkinan tempoh refund akan masa yang lebih panjang. Kita ambil kira juga keadaan Food Panda yang pastinya dalam sehari ada beribu-ribu isu untuk customer service mereka. Jadi tak salah kalau kita follow up selepas 5-7 hari untuk kita "push" mereka sedikit dan update progress isu kita. Duit kita kan, sapa tak nak! Yang tak nak duit boleh masuk akaun bank Nanie. 




Walau apa pun, Nanie nak ucapkan terima kasih kepada abang-abang Food Panda yang di waktu sekarang ni... musim Covid-19 ni berpanas dan merisikokan diri mereka dalam menghantar makanan kepada kita semua. Banyak cabarannya. Bukan senang kan. 

Cuma, sebagai pengguna... Nanie nak sarankan Food Panda untuk perbaiki kelemahan sistem mereka terutama dalam pengurusan customer mereka. Potensi dan peluang mereka dalam industri food delivery sangat cerah dan besar, tapi jika perkara sebegini berlarutan dan tidak diambil tindakan... sedikit sebanyak akan mencalarkan reputasi Food Panda dan seterusnya membuatkan pelanggan lari dan hilang kepercayaan. 

Setakat ini sahajalah yang Nanie kongsikan. Mudahan ia membantu. Nanie doakan kita semua dalam keadaan sihat dan jaga diri masing-masing elok-elok. Dah nak puasa ni, kita order makanan sebelum  petang ye... jangan last-last minit. Kita timbang rasa dengan abang-abang rider ye! 



  • Share:

You Might Also Like

2 Inspirasi Dari Pembaca

  1. mungkin diaorg cancel sebab takde rider yang available utk hantar ke kawasan pesanan.

    ReplyDelete
  2. Sy sebagai vendor pun kecewa dgn servis food panda... Dah lah customer service takde, bayaran utk vendor pun lambat nak mampus... Pernah sekali order masuk dlm device sy, order dah expired padahal notification tak masuk lgsg!!rider bgtau sy tak acept order... Ehh, banganglah foodpanda ni..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.