Resepi Sambal Kantan, Memang Jadi Pembuka Selera!

12:44:00 PM

Assalamualaikum semua

Nanie ingat lagi, ada satu posting di blog Dapur Tanpa Sempadan, Cik Mat Gebu... dia bagitau "Tak sah lah Melayu kalau tak bersambal!" Haaa sampai macam tu sekali penangan sambal dan makanan pedas buat tekak kita semua kan. 

Kita biasa dengar, sambal tumis. sambal ikan bilis... sambal kacang... sambal belacan (yummmy paling femes...) tapi... Nanie nak kenalkan dengan satu lagi sambal, yang semakin mendapat tempat di hati orang Melayu. Nanie dah rasa... masya Allah... sedapnya! 



Sambal Kantan! (Instagram @SambalKantan

Yes... resepi sambal bunga kantan! Pada Nanie, namanya sahaja dah cukup unik dan straight to the point kita dah boleh bayangan star ingredient sambal ni kan. Kita memang tahu bunga kantan. Tapi pada kebiasaannya, bunga kantan ni kita gunakan dalam masakan yang special seperti laksa, nasi kerabu mahupun asam pedas. Tapi macam mana pula rasanya bila dijadikan sambal? Pedas ke tak, lazat ke tidak? 


Tak sangka betul Nanie bunga kantan ni boleh diubah suai untuk menjadi antara "main course"  makanan orang Melayu - sebagai sambal. Memang membuka selera lah ceritanya! Korang pun tahu bunga kantan ni menghasilkan satu aroma yang menyelerakan. Bau ala-ala serai dan sedikit manis tu membuatkan sesiapa sahaja yang menghidunya dapat merasa nikmat masakan yang sedap. 


Sambal Kantan ini turut diinovasi bagi memenuhi pelbagai citarasa. Bahan asasnya diambil terus dari kebun Bunga Kantan milik Pn Lina, pengasas Sambal Kantan ni. Didatangkan dengan 3 pilihan yang semuanya memang sedap-sedap, Nanie percaya yang mana pencinta sambal. for sure nak kelainan dalam rasa sambal kan? Apa kata korang try Sambal Kantan ni dengan pilihan rasa : 


SAMBAL KANTAN (PLAIN) - RM 18/BOTOL

SAMBAL KANTAN PEKASAM - RM 21/BOTOL

SAMBAL KANTAN IKAN BILIS - RM 20/BOTOL

Disebabkan keunikan dan aroma wangi bunga kantan ini, sambal bunga kantan mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada para pelanggan. Ia boleh dikatakan sebagai pelengkap dalam hidangan. Apatah lagi bila Pn Lina, pengasas bisnes Sambal Kantan ini memberikan variasi rasa kepada perniagaan Sambal Kantan miliknya dengan pilihan rasa Ikan Bilis dan Pekasam di samping resepi Original Sambal Kantan itu sendiri. 



Macam tadi, Nanie makan nasi lemak yang selalunya orang makan dengan sambal tumis kan. Tapi Nanie cuba makan dengan Sambal Kantan. Fuh... memang lain macam sedapnya. Sebab rasa bunga kantan tu sendiri masih segar dan kuat serta aromanya buatkan selera makan semakin bertambah. Nanie boleh cakap, Nanie tolak tepi lah sambal tumis. Makan dengan sambal kantan memang menyelerakan! 


 5 SEBAB SAMBAL KANTAN JADI PEMBUKA SELERA!



1. KURANG BERMINYAK 

Nanie perasan, Sambal Kantan ni sangat-sangat kurang berminyak. Sangat bagus untuk mereka yang mengamalkan pemakanan sihat terutama dalam intake kolestrol. Tak seperti sambal-sambal lain,  bila Nanie ceduk Sambal Kantan ni, ia kering dan senang sangat untuk dimakan dengan nasi. Selain tu, bila kurang berminyak - ketahanannya juga lama. Tak mudah tengik!


2. AROMA YANG SEDAP & MEMBUATKAN TERLIUR

Aromanya bunga kantan yang fresh, diracik halus dan dimasak bersama cili dan bawang membuatkan ia satu penyedap makanan yang perfect. Lagi-lagi untuk Sambal Kantan Bilis & Sambal Kantan Perkasam. Sempurna betul untuk dimakan dengan nasi panas. 


3. MUDAH DI BAWA TRAVEL 

Ingat lagi Nanie masa ke Beijing dulu, Allahu... masakan orang Tanah Besar China terlalu plain untuk tekak Melayu Nanie. Dan ketika tu, Nanie memang mengidamkan rasa pedas dan hot sambal orang Melayu. Jadi, bagi mereka yang suka travel, Sambal Kantan antara pilihan utama yang Nanie lihat berpotensi untuk dibawa bersama. Apatah lagi dengan cirinya yang kurang berminyak, risiko untuk tumpah atau cepat tengik jugak rendah! 

4. MUDAH DIOLAH & VERSATILE 

Ini yang paling ramai mak-mak suka. Sambal Kantan ni sangat mudah diolah dan disuai padan dengan masakan-masakan lain. Contohnya Sambal Kantan Ikan Bilis boleh diolah dan disuai padan untuk dijadikan Nasi Goreng. Begitu juga dengan Sambal Kantan Original - boleh dimakan bersama nasi impit dan dijadikan sajian bersama nasi putih dan ulam-ulaman. Sambal Kantan Perkasam? Ada yang Nanie tengok cicah dengan lemang tau! Jangan main-main penangan Sambal Kantan. 


5. BERKHASIAT UNTUK MENJAGA KESIHATAN

Sebagaimana ulam-ulaman yang lain, bunga kantan juga mempunyai khasiat tersendiri dari aspek kesihatan. Bunga kantan ni, dikatakan mempunyai agen anti-mikrob yang tinggi, jadi ia sangat bagus untuk  menghilangkan bau badan, merawat luka dalaman dan juga bagus untuk memperbanyakkan air susu ibu yang menyusu badan. 



Bukan main sedap lagi Sambal Kantan ni. Memang ramai yang bagi feedback positif. Pada Nanie sendiri, keunikan rasanya buatkan selera memang bertambah. Dan rasa original bunga kantan memang cukup terasa. Nanie boleh jamin, sekali cuba... for sure lah korang akan suka dan repeat order! 



Untuk semua yang nak cuba Sambal Kantan ni, Nanie personally highly recommend untuk terus ke Instagram @sambalkantan dan terus order cepat-cepat. Ni lagi nak bulan Ramadhan. Disebabkan Bazaar Ramadhan tak ada, jadi dengan adanya Sambal Kantan ni, mesti boleh pelbagaikan masakan dan makanan.


Boleh klik link-link di bawah untuk terus order dan beli : 


Whatsapp : www.wasap.my/60193376442/sambalkantanblog


Instagram:instagram.com/sambalkantan 



  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.