THE FACE SHOP Green Natural Seed Advanced Untuk Kulit Wajah Yang Rosak Akibat Stress

5:44:00 PM

Assalamualaikum semua

Musim PKP ni, memang ramai yang terabaikan penjagaan kulit muka ye? Aduhai.. jangan begitu. Penjagaan kulit muka sangat penting tau. Especially dalam keadaan sekarang yang Nanie yakin ramai yang stress, lesu dan kadang-kadang tak jaga pemakanan serta gaya hidup kan? 



Jom dapatkan kulit baru sekarang ni. Nak tak? "Kulit baru" adalah idaman setiap wanita tau. Termasuklah Nanie sendiri. Bila kita feeling ada "kulit baru", keyakinan tu lain macam. Rasa macam "new me" gitu kan! Walaupun sekarang busy work from home, Nanie nak anda semua jaga betul-betul kulit wajah kita. Kekalkan kecantikan kulit tu merupakan antara prioriti untuk wanita. 


Tak bagus sebenarnya bila kita stress, penat dan abaikan penjagaan kulit macam tu. Nanie pun ingatkan diri Nanie juga. Walau apa pun keadaan dan kesibukan. Kena terus jaga kulit wajah. Sebab tu, antara yang terkini Nanie gunakan THE FACE SHOP Green Natural Seed Advanced. Range ini merupakan range yang memfokuskan kepada kulit yang mengalami masalah akibat stress harian yang berlaku pada kulit kita. Tahu tak, antara masalah yang berlaku pada kulit bila ia stress adalah : 



1. Kulit kusam 
2. Tekstur kulit menjadi kasar & pori terbuka besar 
3. Kulit tidak bermaya dan kelihatan pucat
4. Kulit menjadi kering - dehidrasi kerana kurang kelembapan 
5. Mudah menggelupas 
6. Mudah berkedut dan nampak tua 
7. Jerawat mahupun pigmentasi mudah tumbuh

Ish! Banyak betul masalah yang berlaku kalau kulit kita stress kan. Sebab itu, THE FACE SHOP menghasilkan Green Natural Seed Advanced yang terdiri daripada Toner, Serum dan Losyen bagi membendung dan memperbaiki kulit yang mengalami stress tadi. 


THE FACE SHOP Green Natural Seed Advanced diperkaya dengan pelbagai kebaikan daripada sumber semulajadi. Ia bukan sekadar mampu memberikan khasiat yang baik kepada kulit malahan ia juga boleh membuatkan kulit kita de-stress daripada masalah yang Nanie sebutkan tadi. Memang bagus kan? 


Bila Nanie teliti satu per satu bahan yang digunakan dalam range ni, memang tak ada syak wasangka lagi kenapa ia bagus untuk kulit. Bahan yang digunakan sangat berbeza daripada skincare range lain yang Nanie pernah gunakan.  Antara bahan yang digunakan dalam THE FACE SHOP Green Natural Seed Advanced adalah : 

1. Oat 


Oat sememangnya diketahui sebagai antara "superfood" terbaik untuk badan kita. Begitu juga fungsinya terhadap kulit. Oat dipercayai kaya dengan agen anti-oksidan dan anti-keradangan. Malahan, kompoun dalam oat yang mengandungi saponin merupakan pembersih semulajadi untuk kulit. Ia bagus dalam membuang kotoran yang melekat di kulit dan lebihan minyak yang membuatkan pori tersumbat. 


2. Green Oat 


Oat hijau merupakan salah satu stage untuk oat ketika ia belum dikeringkan. Ia masih fresh dan muda. Ketika stage ini, oat hijau mempunyai khasiat dalam menyerap minyak yang berlebihan yang dihasilkan oleh kulit wajah kita. Ia juga mempunyai keupayaan sebagai "natural remedies" untuk mengurangkan stress kulit termasuk kedutan dan garis halus pada kulit. Bauan segar yang dihasilkan oleh oat hijau juga mampu merangsang otak kita untuk kembali seimbang dengan rembesan hormon yang menenangkan minda dan sistem badan. 


3. Mango Seed 


Bila tengok mango ni, terasa kan manis masam dan lemak rasanya. Emm sedap betul. Tapi, tahu tak yang mango ada banyak khasiat. Termasuk untuk kulit kita! Dalam range THE FACE SHOP Green Natural Seed Advanced, biji mango digunakan kerana khasiatnya yang mampu memberi kelembapan berpanjangan pada kulit. Biji mango dikatakan mampu meningkatkan keupayaan skin barrier untuk memegang air pada kulit. Kulit yang lembap dan seimbang dengan minyak akan memberikan efek glowing yang sihat. Jadi, secara tak langsung masalah kulit kering, pori terbuka dan menggelupas dapat diatasi. 


4. Mexican Chia Seed 


Chia Seed bukanlah ingredients baru dalam skincare range THE FACE SHOP. Pelbagai manfaat yang dihasilkan chia seed terutama untuk dapatkan kulit yang segar, cantik dan bersih. Menurut kajian, chia seed mengandungi tiga jenis fatty acids yang berperanan dalam melawan penuaan, mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada kulit serta memudarkan sebarang parut jerawat dan cela pada wajah. Malahan dengan penggunaan chia seed yang berterusan, kulit menjadi semakin cerah dan cantik kerana ia turut mampu melancarkan perjalanan darah yang membawa oksigen kepada kulit. 


5. Tocopherol (Vitamin E) 


Tak asing lagi fungsi Vitamin E untuk kulit. Sememangnya kulit kita sangat-sangat memerlukan Vitamin E untuk kelihatan sihat dan segar. Sebagaimana Nanie katakan di atas, kulit menjadi stress akibat pelbagai faktor. Termasuklah faktor sekitar seperti cahaya matahari dan pencemaran yang memang tak dapat dielakkan lagi. Sebab itu, Vitamin E berperanan dalam melawan radikal bebas yang menjadi pelindung buat kulit wajah kita. Ia juga berperanan untuk merehatkan otot-otot pada wajah kita yang tegang akibat kekurangan rehat. Jadi secara tak langsung ia membuatkan kulit wajah semakin sihat, cerah berseri secara semulajadi.


Nanie percaya dengan manfaat yang diberikan THE FACE SHOP Green Natural Seed Advanced ni. Terutama untuk mereka yang mempunyai gaya hidup sibuk seperti Nanie. Ingat tau, penjagaan kulit wajah perlulah menggunakan bahan yang terbaik dan diyakini memberi manfaat pada kulit. Jangan sebarangan je guna produk yang tak tahu mana asal usul. 


1. Green Natural Seed Antioxidant Toner 160ml : RM 99 

- Toner yang mudah meresap ke dalam kulit 
- Beri kelembapan berpanjangan terutama kulit yang kering dan duduk di bawah air cond dalam tempoh yang panjang dan lama 
- Boleh buang kotoran, sel kulit mati mahupun lebihan makeup yang tak dicuci bersih




2. Green Natural Seed Antioxidant Lotion 145ml : RM 99

- Lotion yang lembut dan tak melekit buat kulit 
- Bauan yang segar dan membuatkan kulit kelihatan gebu selepas pemakaian
- Teksturnya ringan dan jadikan kulit wajah sangat selesa



3. Energy Seed Antioxidant Hydro Serum 170ml : RM 99 

- Serum dengan based air untuk memudahkan serapan sehingga ke lapisan kulit paling dalam 
- Diformulasikan dengan bahan di atas dan ekstrak rosemary yang lembut, wangi dan menyegarkan
- Mengurangkan stress pada kulit dengan bauan segar dan melembutkan kulit 


Bila kulit Nanie nampak perubahan terutama dari segi kelembapan dan kesegaran, Nanie yakin THE FACE SHOP Green Natural Seed memberi kesan kepada kulit Nanie dan sesuai untuk kegunaan seharian Nanie. Maklumlah bila dah 3-series, memang kena pantau perubahan kulit dari semasa ke semasa supaya apa sahaja simptom yang buat kulit berubah kena tangani dengan segera dan di awal peringkat. 

Untuk mereka yang mempunyai lifestyle busy sama macam Nanie sehinggakan dah tak tahu cemana nak jaga muka dengan baik dan betul, Nanie boleh recommend untuk gunakan THE FACE SHOP Green Natural Seed Advanced ni. Insya Allah, pada Nanie ia berbaloi dan paling penting selamat serta terjamin dengan penggunaan bahan semulajadi. 

Maklumat lanjut boleh hubungi : 

THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.