TOP 5 : RUJUKAN RESIPI MASAKAN JUADAH RAMADHAN

1:06:00 PM

Assalamualaikum semua 

Ni tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Walaupun tahun 2020 ni memang berbeza sedikit Ramadhan untuk semua orang akibat wabak Covid-19, Nanie yakin - Insya Allah Ramadhan memberikan ketenangan dan kekuatan buat semua orang.

Disebabkan tahun ni Bazaar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi, pastinya agak sukar untuk kita terutama warga kota dalam berbuka puasa. Nanie sendiri pun, kalau dulu - balik je dari kerja terus singgah bazar dan beli juadah berbuka. Namun, kali ni tak lagi. Suka atau tidak, rajin atau malas... perlu turun ke dapur dan masak. 


Cuma, kadang-kadang...mesti ramai yang buntu... nak masak apa setiap hari kan? Jadi Nanie senaraikan TOP 5 SUMBER RESIPI MASAKAN JUADAH RAMADHAN pilihan. Mudah-mudahan ia boleh menjadi rujukan ibu-ibu dan para isteri di Bulan Ramadhan ni. 

1. RESEPI CHE NOM

You Tube : 

Blog : 



Bagi penggemar You Tube, channel Che Nom pasti bukanlah asing untuk mereka. Nanie sendiri ibarat ketagih dengan channel You Tube Che Nom ni. Nanie suka sebab resipi yang diberikan cukup mudah untuk dicuba. Bahan-bahannya pun senang nak dapat. Tak terlalu high-end! 

Dengan tontonan melebihi 30 juta di You Tube, Che Nom memberikan inspirasi untuk para ibu dan isteri masak dengan mudah, ringkas dan pasti disukai keluarga. Pilih je nak resipi Melayu, Cina, India, Western sampaikan ke dessert pun ada tau! Mesti meriah bulan Ramadhan kali ni dengan resipi dari Che Nom. 


2. SHEILA RUSLY 

You Tube : 

Instagram: 


Siapalah yang tak kenal dengan Sis "Hebat-hebat rasa, Maggi Cukup Rasa" kita ni. Sis Sheila Rusly antara yang menjadi pilihan Nanie juga. Nanie suka tengok gaya Sheila Rusly masak yang sangat mak-mak style. Paling best, ada banyak tips yang Sis Sheila berikan. Untuk orang muda macam Nanie ni kan, kadang skill dan pengalaman masak tu kurang... jadi bila ada tips berguna, barulah kita tahu macam mana nak buat. 

Seperkara lagi, Sis Sheila ni suka masak makanan kegemaran anak-anak dan suaminya. Jadi, ia ibarat satu inspirasi buat wanita berkeluarga yang ada anak bujang mencuba resipi yang diketengahkan Sis Sheila untuk hidangan sekeluarga terutama di bulan puasa. 


3. ADIK FOODS

Instagram : 



Menghiburkan sambil belajar! Itulah yang Nanie boleh katakan untuk channel instagram Adik Foods ni. Cara penyampaiannya yang bersahaja dan ada sedikit humor buatkan video Adik Foods menjadi antara kesukaan Nanie. Jangan tak tahu, walaupun namanya Adik... tapi pemilik akaun Instagram ni dah ada anak bujang tau! Awet muda kan? Mungkin rahsianya adalah perut yang kenyang dan hati yang senang! 

Untuk Nanie, Adik Foods memberikan inspirasi untuk cuba sesuatu yang baru dan mudah. Tidak terlalu susah dan seperti biasa boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dapur serta mudah didapati di pasar raya. Tak perlu belanja lebih-lebih, gunakan apa yang ada! 


4. RASA.MY

Website : 

Instagram : 



Zaman mak-mak kita dulu, Majalah Rasa ni lah antara favourite mereka kan. Macam-macam resipi yang disediakan. Semuanya nampak menyelerakan. Sekarang ni, Majalah Rasa dah beralih kepada digital. Jadi, lebih mudah untuk akses dan cari resipi. Hidangan daging, ayam, ikan, mee serta nasi semua ada disini. 

Bukan tu je, kat sini pun ada tips dan petua yang boleh digunakan. Bermanfaat ni sebab korang tahulah ilmu dapur ni, 7 keturunan belajar pun belum tentu habis. Ada je yang kita tak tahu kan. Dari pengalaman turun temurun tu yang bagus. Macam mana nenek & mak kita praktiskan untuk memasak dan menyediakan makanan. 


5. MASAK WITH PASSION 

Instagram : 



Sehebat namanya "Masak with Passion" juga merupakan pilihan Nanie untuk mendapatkan inspirasi masakan. Paling Nanie suka bila Datin Ismatia, pemilik IG Masak with Passion ini berkongsi resipi masakan Pantai Timur. Fuh, memang boleh nampak sedapnya tu. Cukup bahan, cukup rasa lah orang kata. 

Selain tu, Masak with Passion juga memaparkan pelbagai resipi hidangan special ala-ala restoran Thai tau. Kalau untuk family dan perseorangan, memang mudah sangat nak follow resipi yang diberikan. Idea masakan macam ni, boleh buatkan buka puasa lebih bermakna! Idea untuk dessert dan kuih muih pun ada juga ye! 


Walaupun Ramadhan kali ni mungkin semua orang merasai perbazaannya, tapi Nanie nak kita semua kuat dan yakin bahawa percaturan Allah adalah yang terbaik. Terutama melibatkan kesihatan dan keselamatan nyawa kita semua. Kita adapt dengan "New Normal" yang berlaku pada kita semua ni. Jalani ibadah puasa dengan baik dan berserah pada Allah. Kita mohon keampunannya dan mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita agar wabak ini segera berlalu pergi. 

Untuk semua saranan kat atas tu, sekadar idea dan inspirasi. Kalau korang ada lagi website, instagram masak yang best-best, boleh lah share di komen. Sama-sama kita berkongsi idea dan pendapat kan! 

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.