Madu Jungle House : Makanan Paling Diyakini Untuk Tingkat Kesihatan

4:00:00 PM

Assalamualaikum semua 

Melihatkan kepada pandemik yang berlaku seluruh dunia hari ini, sedikit sebanyak ia telah menimbulkan satu kesedaran dalam diri ramai orang. Terutamanya golongan muda seperti kita semua. Nanie percaya, kita semua ada sedikit perasaan... "Ala... kita masih muda, buat apa nak spent untuk jaga kesihatan. Orang tua lah yang patutnya jaga kesihatan!" 



Sama sekali, persepsi sebegini perlu dihapuskan. Kesihatan adalah satu anugerah yang tidak ternilai untuk setiap manusia. Kesihatan yang baik akan menjadi satu motivasi untuk kita mencapai sesuatu yang lebih baik dalam keseluruhan hidup kita. 



Nanie percaya ramai di antara kita yang mengetahui khasiat madu. Menurut kajian, madu juga merupakan satu-satunya makanan yang memiliki semua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Malahan, madu juga di anggap sebagai "Ibu Makanan" dan tergolong dalam antara makanan Sunnah yang diamalkan Rasulullah SAW.



Madu turut disebutkan dalam Al-Quran, iaitu dalam Surah Al-Nahl Ayat 69

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl: 69)

Antara inisiatif dalam penjagaan kesihatan kita secara menyeluruh dan mengikut amalan Nabi adalah dengan pengambilan madu sebagai rutin pemakanan kita. Untuk itu, Nanie nak perkenalkan anda semua dengan JungleHouse. Perniagaan madu yang kian mendapat perhatian dan permintaan tinggi terhadap hasil madu keluarannya.

Sebelum Nanie bercerita lebih lanjut mengenai Jungle House ni, personally Nanie nak share bagaimana ayah Nanie merupakan pengamal dalam pemakanan madu. Setiap pagi, dalam pukul 5 am, ayah Nanie memang konsisten minum madu, habbatus sauda, oat dan air suam. 

Dari pemerhatian Nanie sendiri, imunisasi ayah memang agak kuat. Mungkin ada yang tak tahu, ayah Nanie merupakan pesakit strok. Jadi, kalau tak dijaga dan dikekalkan penjagaan dan pemakanannya, kesihatan ayah boleh merudum. Namun Alhamdulillah since ayah amalkan makan madu dari zaman dia muda... memang nampak kesannya dalam peningkatan imunisasi, memori, kesihatan jantung, gula dalam darah, blood pressure dan sebagainya. 


Jungle House bukan sekadar menyediakan satu jenis madu, Nanie lihat mereka sangat "expert" dalam memenuhi permintaan madu untuk kesihatan kerana di Jungle House, mereka menawarkan pelbagai jenis madu untuk keperluan semua peringkat lapisan masyarakat. Yang lebih menarik, jaminan Jungle House adalah madu mereka 100% DIJAMIN PALING SEDAP! Hmmm, terliur kan dengar! 


Dari Jungle House juga, Nanie baru tahu bahawa setiap jenis madu mempunyai benefits atau manfaatnya yang tersendiri. Selama ni kita fikirkan semua madu ada khasiat yang sama kan, tapi berbeza di Jungle House.





Antara yang Nanie rasa berminat sangat nak cuba kan,  jika mengikut keperluan Nanie, Nanie perlu amalkan makan madu Royal Black dan Jungle's Eye. Nak tahu tak kenapa Nanie pilih dua jenis madu ni... mestilah ada khasiatnya yang baik untuk kesihatan Nanie. 




Untuk madu Royal Black - sebab Nanie memang ada backpain. Menurut kajian pakar nutrisi, Dr Josh Axe, madu jenis ini mempunyai kandungan pottasium yang tinggi. Pottasium diperlukan oleh otot untuk kurangkan bengkak / swelling pada otot dan membantu fungsi saraf ke tahap yang sewajarnya. Madu jenis ini juga paling bagus untuk warga emas seperti mak dan ayah kita yang mempunyai masalah radang saraf, arthritis dan sakit sendi. Ia juga bagus untuk eczema/rashes Nanie kerana madu jenis ni ada agen anti-inflammatory bagi mengurangkan keradangan. 

Manakala untuk Jungle's Eye pulak, Nanie suka sebab dia boleh buatkan kulit kekal cantik dan sihat terutama untuk elakkan bakteria menjadi penyebab masalah kulit. Jungle's Eye merupakan hasil madu daripada bunga dan buah longan. Boleh terbayang manisnya buah longan dan aromanya yang menarik kan? 

Jungle's Eye atau Longan Flower Nectar ni, menurut kajian mempunyai kandungan protein dan kelembapan (air) yang tinggi. Ia bukan sekadar membantu untuk kesihatan kulit dan anti bakteria semata-mata, malahan ia turut membantu dalam meningkatkan kualiti tidur dan kelesuan badan kerana fungsinya untuk mengembalikan tenaga kita. Secara mudah, madu jenis ini berperanan untuk tingkatkan kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh. Menarik betul... Nanie sendiri baca benefit setiap madu buatkan Nanie teruja.



Madu Jungle House yang dibawa masuk dari Yogyakarta, Indonesia merupakan antara madu yang terbaik kerana landskap Yogyakarta yang kaya dengan hutan tebal dan pokok-pokok tinggi. Pokok-pokok ini menjadi kesukaan lebah-lebah untuk menghasilkan madu dengan produktif dan berkualiti tinggi.

Seperkara lagi, yang menariknya Jungle House ni... mereka dah siapkan beberapa pakej yang sangat berbaloi untuk kita pilih. Ia memudahkan kita dalam membuat pilihan dan secara tak langsung mendapat manfaat madu dengan sempurna dan lengkap.







Secara peribadi, Nanie melihat madu dari Jungle House memberikan manfaat yang besar untuk kesihatan semua. Kepakaran mereka dalam pelbagai jenis madu membuatkan para pelanggan mempunyai keyakinan untuk mencuba menjadikan madu sebagai amalan dalam diet harian mereka.



Tambahan pula, madu memang telah lama diyakini dapat menjadi sumber makanan terbaik untuk kesihatan kita. Tak kiralah sama ada dalam perubatan Islam sendiri, perubatan Cina, malahan perubatan tradisional juga mengiktiraf madu sebagai antara bahan yang terbaik bagi pelbagai aspek penyembuhan sakit dan peningkatan kualiti taraf kesihatan.


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba, grab peluang untuk dapatkan produk Jungle House. Ada promosi besar-besaran yang memang berbaloi Nanie rasa. Ruginya kalau tak grab sekarang kan. Serendah RM 150 dah boleh dapat macam-macam... sedap lah madu ni! :)




Untuk mereka yang mencari-cari supplement kesihatan dan sumber makanan kesihatan terbaik, Nanie memang highly recommend untuk korang ke Jungle House. Jika ada sebarang soalan, dapatkan konsultasi dari mereka terlebih dahulu. Nanie letakkan link-link diperlukan untuk korang semua berhubung dengan Jungle House. Jungle House juga ada banyak cawangan tau. Jadi, korang klik je link di bawah untuk info lanjut : 


Website : 

Instagram : 

Facebook :



  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.