PGMall Mudahkan Shopping Raya Online

11:10:00 PM

Assalamualaikum semua


Semalam Nanie ada nampak kawan Nanie post di Facebook, mencari baju raya untuk kanak-kanak. Dia prefer online shop. Sebab dalam situasi sekarang, nak bawak anak-anak keluar untuk membeli belah, sangatlah berisiko. Ye lah kita faham kan, sebagai seorang ibu pastinya keselamatan dan kesihatan anak itu keutamaan.



Disebabkan itu, Nanie rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai PG Mall. PG Mall adalah patform  E-Commerce lokal yang telah diperkenalkan sejak 2010 lagi. Malahan PGMall turut tersenarai sebagai TOP 3 Most Visited Online Marketplace in Malaysia by iPriceinsight dalam laporan Q1 2020. Tahniah!!! 

PGMall ni menggabungkan pelbagai pilihan untuk pelanggan meliputi pelbagai ketegori seperti pakaian, makanan, permainan, kelengkapan rumah, automatif, gadget dan pelbagai lagi. Jadi ia memenuhi permintaan pelanggan daripada pelbagai lapisan peringkat umur. 


Semasa musim pandemik dan kurang selamat macam ni, Nanie percaya PGMall mampu selesaikan masalah kerisauan korang tu terutama dalam mendapatkan bekalan dan keperluan di musim perayaan yang mendatang ni. 



Kalau Nanie sendiri pun suka... sebab dia contactless kan. Semua guna hujung jari je sekarang. Tahu-tahu sampai je depan rumah. Kan senang...

Berita baik buat kita semua, bermula esok... 8 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020, PG Mall memulakan MyRaya Campaign. Seronok lah kan kaki shopping bila dengar macam ni. Of course lah ada banyak diskaun yang diberikan untuk semua pelanggan PGMall. 



Untuk pelanggan baru, dengan pembelian minimum RM 40, anda akan dapat potongan RM 15. Bukan tu je, boleh gunakan diskaun ni sebanyak dua kali untuk setiap pelanggan tau. Bagi pelanggan sedia ada juga, anda pun tak terlepas untuk dapatkan diskaun tau. Sebanyak RM 10 potongan diberikan jika anda berbelanja minimum RM 60. Dan jika anda berbelanja sebanyak sekurang-kurangnya RM 250, dapat terus diskaun 15% tau, capped at RM 50. 

Segala discount voucher boleh di download daripada website PGMall - https://pgmall.my/myraya-campaign2020. Korang boleh download cepat-cepat sebab ia berdasarkan "First come, first served" basis tau. 

Eh eh bukan tu tu je tau... ada lagi menarik, kalau anda menggunakan Maybank QRPay - anda boleh tebus diskaun RM 20 dengan minimum spend RM 30 dan 2x cashback sepanjang campaign ini berlangsung bermula 4 Mei 2020 sehingga 26 Jun 2020. 


Nak lagi menarik, kalau anda semua gunakan Touch 'n Go E Wallet, pun anda boleh dapat macam-macam benefit menarik tau kalau berbelanja di PGMall. Dapat RM 40 cashback e-voucher setiap kali anda bayar di PGMall dengan Touch 'n Go E Wallet. 


Belum tu.... ada lagi yang PGMall nak berikan pada pelanggan mereka. Haih, Nanie rasa berbaloi dan macam-macam betul yang PGMall ni hadiahkan untuk kita semua kan. Ada juga bonus menarik untuk pelanggan Celcom & Air Asia yang berbelanja di PGMall. 


Pelanggan Air Asia akan menikmati 2x Big Points dengan shopping di PGMall. Kalau korang dah ada BIG Points beribu-ribu tu, boleh jugak spend dengan berbelanja di PGMall ni. Senang tak payah nak guna cash. Point je! 


Macam tu jugak untuk pengguna Celcom, yes Nanie antaranya.... boleh dapat 20% diskaun dengan pembelian RM 20 untuk setiap pelanggan. Dan hanya limit 500 transaction je tau setiap bulan. Yang ni lama sikit... bermua 1 Mei sehingga 31 Julai 2020. Banyaklah boleh shopping.

So apa tunggu lagi, ni lah masanya untuk korang enjoy shopping di PGMall. Macam-macam benefit korang boleh dapat sempena Raya Campaign ni kan. Untung, jimat dan paling penting kita membantu naikkan ekonomi dalam negara kita. 

Nanie letakkan link untuk korang terus ke PGMall ok! 

Website 

Facebook 

Instagram 



  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.