Hilang Mencari & Mencipta Peluang

9:06:00 PM

 Assalamualaikum semua 


"Mana Nanie pergi? Hilang berbulan lamanya dari blog. Lama sangat!" 

Salah seorang follower blog Nanie yang dah jadi seperti kakak sendiri, personally whatsapp Nanie. Nanie terkesima sekejap. Diam tak tahu nak jawab apa. 

Ya. Nanie terlalu lama tinggalkan blog ini. Bukan sekadar bersawang, entah-entah dah hilang segala apa yang Nanie usahakan selama ini. Nanie akui. Itu salah dan silap Nanie. 

Namun... hakikatnya ada sesuatu yang sedang Nanie lalui. Satu pengorbanan yang bukan semua orang faham dan ketahui. Nanie masih "mentah" dalam perkara ini. Nanie menyediri, mendiamkan diri bukan bermakna Nanie tidak memerhati. 

Bohonglah kalau Nanie kata Nanie tak rindu menulis blog. Nanie rindu... tersangat rindu. Cuma secara jujur, Nanie korbankan masa dan ketika ini untuk Nanie capai apa yang Nanie impikan. Masa Nanie semakin suntuk. Kalau Nanie tak buat sekarang, peluang mungkin tidak berulang. 

Kadang bila Nanie drive tengah malam, Nanie lihat kiri kanan- penuh umat manusia yang menjalani kehidupan dengan bahagian mengikut rentak dan percaturan mereka sendiri dengan keizinan Allah. Begitu jugalah Nanie. Pengorbanan Nanie hari ini, Insya Allah jika diizinkan akan berikan Nanie satu kepuasan tersendiri di masa depan. 

Sekali lagi, Nanie tak menyesal menjalani keputusan ini. Kerana Nanie yakin, peluang ini datang sekali dalam seumur hidup. Jika bukan sekarang masanya untuk Nanie explore peluang ini, bila lagi? 

Nanie mohon kawan-kawan semua juga belajar untuk mengambil peluang. Peluang tak bergolek selalu. Dan peluang datang bila sampai masa. Sentiasalah mencari dan mencipta peluang. Belajar dari kesilapan lepas, grow dan sentiasa pandang ke depan. 

Insya Allah. 



  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.