iCara : Cukup Lengkap Untuk Detoks & Jaga Badan

1:03:00 PM

 Assalamualaikum semua 

Permulaan tahun baru cukup menguajakan untuk Nanie. Ye lah tahun 2021 ni ibarat satu permulaan buat semua orang. Maklumlah banyak cabaran dan halangan yang kita dah lalu sama-sama sepanjang tahun lepas kan? 

Personally untuk Nanie, selain daripada nak kukuhkan lagi financial dan pengendalian kewangan tahun ni, Nanie nak spent juga untuk penjagaan kesihatan Nanie. Dah berumur menginjak 32 ni, memang Nanie rasa perlu untuk spent sedikit jaga kesihatan. Tak guna kalau kita ada segala kesenangan jika kesihatan terabai kan? 

Antara yang Nanie concern untuk badan Nanie adalah dari segi detoks. Hidup ni memang perlukan proses detoks ni tau. Satu, detoks daripada insan-insan toksik. Kedua, detoks daripada bahan-bahan makanan toksik yang masuk ke dalam tubuh badan kita. Tapi... kedua-duanya sangat diperlukan. 


Secara ringkas dan mudahnya, detoks diperlukan oleh badan kita untuk mengembalikan fungsi optimum sistem dan organ yang terlibat. Ianya sedikit sebanyak membantu tubuh badan kita untuk mengekalkan keseimbangan kesihatan dan dapat membantu untuk menjauhkan daripada penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. 

Ye lah, dah setiap hari makan macam-macam kan. Tak ingat dunia jugak kadang-kadang Nanie ni. Semua benda Nanie bedal. Jadi, ada masa Nanie boleh rasa bila badan letih, lesu dan rasa berat je nak buat kerja. 

Baru ni, Nanie ada amalkan satu produk minuman iCara Kiwi Gold. Ia merupakan minuman tambahan kesihatan yang cukup bagus dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Paling Nanie suka rasa kiwi yang masam manis tu buatkan minuman ni macam tak cukup pulak nak minum satu setiap hari. 


iCara Kiwi Gold diperbuat daripada beberapa bahan semulajadi buahan, sayuran dan fiber yang seimbang yang dapat membantu tubuh badan kita menjalankan proses pengeluaran sisa toksik yang dah menggunung dalam badan. Ibarat Nanie, bila Nanie mula rasa lesu, cepat penat dan kadang datang sakit kepala tu, Nanie tahulah yang something is not right with my body. Lagi-lagi kebelakangan ni Nanie memang banyak tidur lewat dan kerja sampai lewat malam. 


iCara Kiwi Gold menggabungkan khasiat buah Kiwi sebagai antara bahan utama produk ni. Buah Kiwi rupa-rupanya sangat bagus untuk meningkatkan tahap pencernaan kita. Ia juga menjadi imunity booster buat badan kita kerana sifatnya yang kaya dengan Vitamin C, protein dan fiber. 

Bukan Kiwi je, yang buat Nanie lebih suka sebab dalam iCara Kiwi Gold ni ada ekstrak cendawan putih. Korang mesti ada terfikir macam mana rasa Kiwi dengan cendawan ye? No worries gais, rasa dia sedap. Tak ada apa yang pelik sebab rasa kiwi tu kuat dan tak ada rasa yang bukan-bukan pun. 


Ekstrak cendawan putih ni digunakan dalam iCara Kiwi Gold sebagai bahan yang membantu untuk melawan keradangan dan bersifat anti-kanser. Selain itu, cendawan ni jugak membantu tubuh badan kita mengawal tahap kolestrol.  Bercakap pasal kolestrol, jangan fikir orang yang berbadan kurus atau sederhana tak ada masalah kolestrol ye. Sebab apa? Sebab kolestrol ni bergantung kepada cara pemakanan kita. 

Seterusnya dalam iCara Kiwi Gold ni juga ada Chia seeds. Ha...sapa yang tak kenal Chia Seeds ni? Banyak sangat fungsi biji kecil ni ye. Kata orang kecil-kecil cili padi. Jangan pandang sebelah mata ye! Chia seeds sangat kaya dengan nutrisi untuk anti penuaan, anti oksidan dan pencernaan yang bagus dan lancar. 


Yang Nanie perasan, lepas 3-5 hari Nanie amalkan minum iCara Kiwi Gold ni, pelawasan Nanie cukup bagus. Dia macam on time je sampai masa. Lepas tu, Nanie perasan badan rasa ringan. Yelah sebab pelawasan lancar kan, jadi Nanie boleh rasa bangun pagi tu sedap je badan. Syukur sangat bila kesihatan kita maintain dalam keadaan baik. Kita nak buat kerja pun mudah kan. 

Next, untuk lebih mudah Nanie detoks dan firming... Nanie ada jugak guna iCara Instant Lotion. Oh, kalau korang nak tahu... Nanie ada habit sebelum tidur suka pada bau-bauan yang menenangkan. Paling mudah Nanie guna minyak angin lah. Badan tak sakit pun, tapi Nanie suka aromaterapi tu. Jadi dah alang-alang tu, Nanie guna iCara Instant Lotion. Yang ada benefit untuk firmkan badan kita. 


Lotion ni dapat membantu membakar lemak kita. Bila pakai tu boleh rasa kehangatannya. Tapi tak ada lah terlalu panas sampai tak boleh tahan kan. Nanie rasa selesa je bila tidur malam dengan gunakan iCara Instant Lotion ni. Bauannya yang menenangkan buat badan kita pun secara tak langsung rasa lebih relaks tau. Macam beberapa malam ni, hujan je kan... Nanie sapu lah iCara Instant Lotion tu supaya rasa lebih warm... memang betul pun. Tidur lena je. 

Dan yang terakhir, iCara Rahsia Uda Dara. Ha, jangan jump to conclusion terus ye. iCara Rahsia Uda Dara ni merupakan teh tarik yang cukup lazat dan berkhasiat. Ia membantu untuk mengurangkan berat badan kita secara ideal dan selamat. 


Terdiri daripada beberapa bahan "killer ingredients", iCara Rahsia Uda Dara ni sesuai untuk lelaki dan perempuan yang nak maintain berat badan ideal. Antara kandungan bahannya ialah ekstrak kopi hijau, garcinia cambogia, camu-camu, white kidney bean dan banyak lagi. 


Kelebihan green cofee adalah dalam meningkatkan metabolisme badan. Bila metabolisme tinggi, jadi badan kita tak menyimpan lemak dan ia akan segera ditukarkan kepada tenaga. Selain tu, green cofee ni jugaklah yang dapat bantu badan kawal gula dalam darah serta tahap kolestrol. Jadi secara tak langsung, ia sesuai diambil oleh mereka yang ada masalah kesihatan diabetes dan darah tinggi. 

Begitu juga dengan camu-camu yang dicampur dalam produk iCara Rahsia Uda Dara ni. Buah camu-camu dikategorikan sebagai superfood. Bila dah nama superfood, for surelah khasiatnya memang tak dinafikan lagi kan? 


Buah camu-camu sangat kaya dengan beta kerotin yang mana ia sangat berfungsi dalam melawan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Hari ni dengan lifestyle yang cukup sibuk, rehat yang tak mencukupi di tambah pulak dengan suasana yang tak menentu - menjadikan ramai orang mengalami masalah depresi. 

Jadi dengan adanya sifat buah camu-camu yang boleh mengurangkan depresi melalui kestabilan hormon dan mood, secara tak langsung bila di amalkan akan buatkan kita mendapat khasiatnya untuk jangka masa panjang. 

Last but not least kan, Nanie nak share satu artikel yang Nanie pernah baca. Dalam dunia ni ada banyak manfaat dan kelebihan menerusi alam semulajadi yang Allah berikan. Tugas dan fungsi manusia adalah untuk mencari ikhtiar untuk penyakit atau kesembuhan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan boleh mengancam nyawa. 





Personally, Nanie rasa bangga bila banyak anak Melayu - perniagaan orang kita yang semakin maju dan berani explore banyak kelebihan semulajadi ni. Nanie tahu bukan mudah untuk mengubah persepsi masyarakat dalam bidang perubatan dan kesihatan, tapi satu yang Nanie percaya - di mana setiap masalah atau cabaran yang kita hadapi, pasti ada solusinya. Insya Allah. 

Kalau korang nak tengok lagi produk-produk lain dari iCara, korang boleh klik link yang Nanie berikan kat bawah ni. Mana tahu, sedikit sebanyak dapat membantu korang kan dalam menyelesaikan masalah kesihatan. 


  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.