Bagaimana Buat Keputusan Berhenti Kerja & Mula Bisnes?

1:23:00 AM

 Assalamualaikum semua 


Ada lagi ke yang masih sudi masuk ke Blog Coklateyes Nanie ni? Allahu. Terlalu lama Nanie tak langsung menulis. Malahan mengabaikan blog ni. Padahal dari sinilah banyak Nanie letakkan segala cerita dan kisah yang berlaku kan? Itulah... Nanie sendiri tak tahu mana nak mula. Terlalu banyak yang Nanie nak cerita, nak kongsi. 

Banyak benda yang dah berubah dalam kehidupan seorang Innanie Ariffin. Banyak sangat. Serious. Hinggakan kadang Nanie rasa segan untuk gelarkan diri seorang blogger. Tapi itulah, kehidupan kita sentiasa berubah kan. Mudahan ia berubah kepada yang lebih baik. 


Ok, baiklah... Nanie rasa, better untuk Nanie beritahu serba sedikit apa yang mengubah keseluruhan hidup Nanie tahun 2021 ni. Supaya esok lusa, kalau kata umur tak panjang... atau apa sahaja, coretan ini boleh menjadi memori dan kenangan untuk kita semua. 

Tahun 2021, Nanie secara rasmi mengubah status Nanie. Ecececeh... bukan... bukan status bujang kepada berkahwin. Belum ada rezeki lagi bahagian tu. Tapi, Nanie nekad hentikan "makan gaji" kepada satu bisnes yang Nanie usahakan bersama CEO lama Nanie, Kak Miza. 

Kami sama-sama usahakan perniagaan Telekung Hiqmah. Bermula 11 Januari 2021, secara rasmi Nanie sertai Telekung Hiqmah. Sebelum tu, Nanie bertugas sebagai Marketing Manager di Dreams Language Academy. Pusat pembelajaran Bahasa Jepun dan Bahasa Korea di Wangsa Maju sehingga Disember 2020. Seterusnya, Nanie ambil keputusan untuk ubah status kepada perniagaan sendiri. 

Mungkin ada yang tanya, macam mana Nanie buat keputusan macam tu? 

Senang ke bisnes sendiri? 

Tak takut ke kalau rugi atau bisnes tak jadi? 

Macam mana dengan mak ayah? Bagi ke? 

Persoalan yang tak berpenghujung. Soalan yang sama berlegar dalam kepala Nanie. Siapa tak takut. Siapa tak risau. Nanie pun manusia kan. Mestilah kegusaran tu ada. Apatah lagi pada sesuatu yang tak pasti. Sabar... Nanie cerita serba ringkas ye. Bukan apa, mana tahu... kalau ada yang baca blog Nanie ni boleh dapat serba sedikit input. Sillakan. 


Baiklah... 

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukan sesuatu yang mudah. Masa kita kerja, kita selalu dengar orang cakap sikit-sikit nak berhenti. Sikit-sikit nak cari kerja lain. Sikit-sikit nak resign. Tapi hakikatnya, bagi orang yang matang terutama yang ada komitmen, membuat keputusan berhenti kerja tidak mudah yang disangka. Bukan semudah dalam drama, kau campak surat depan bos, dan terus kau dilepaskan. 


Pengalaman bekerja 7 bulan di Dreams Language Academy sangat best untuk Nanie. Sebab Nanie dapat melihat perspektif bagaimana budaya kerja mereka yang biasa dengan asuhan Jepun. Mesti ada yang fikir... "alaaaa tak tahan lah tu kerja dengan budaya Jepun!". Oh bukan macam tu ye. Personally masa Nanie masuk ke situ, Nanie berjaya melepasi pelbagai target yang ditetapkan dan membantu DLA menambahbaik flow-flow pengurusan yang ada loop hole sebelum itu. Sepanjang 7 bulan, Nanie buktikan bahawa kekangan bahasa bukan menjadi masalah. Sebab marketing secara asasnya merupakan asas yang sama. 

Cuma, macam Nanie beritahu pada pengurusan DLA masa tu... Nanie perlu "mulakan" sesuatu untuk capai impian Nanie. Nanie ada banyak impian besar. Jadi, di usia Nanie 30 an, Nanie tak mulakan apa-apapun untuk capai apa yang Nanie nak tadi. Jadi, bila masa Nanie nak mula? Makin lambat Nanie mula, makin lambat impian tu jadi kenyataan. 

Ia bukan semata-mata kerana gaji, tapi Nanie aim high untuk kehiduapan Nanie. Nanie pasang cita-cita dan kebetulan ketika itu Kak Miza, bekas CEO Nanie offer tawaran untuk bersama beliau sebagai bisnes partner dalam Telekung Hiqmah. Kami berdua bekerjasama sebelum ni dalam EPHYRA selama lebih 5 tahun. Nanie banyak uruskan marketing dan social media EPHYRA sebelum ni. Jadi, kami berdua dah tahu bagaimana cara kerja kami. Dah tahu apa kekuatan dan kekurangan yang ada... dan dari situlah kepercayaan terjalin. 

Ia merupakan peluang keemasan untuk Nanie time tu. 

Atas faktor itu, Nanie mengambil keputusan untuk ubah status Nanie. Untuk play another game dalam kehidupan Nanie dengan memulakan bisnes Telekung Hiqmah ini. Walaupun ketika itu, Nanie sayang pada Dreams Language Academy dan nak lagi mencurah bakti disitu... tapi Nanie yakin... peluang datang pada masa yang tetap. Take it or leave it. 

Dan begitulah cerita Telekung Hiqmah bermula dalam hidup Nanie... 

Nanie akan sambung lagi. Terutama untuk convincekan diri sendiri dan keluarga tentang keputusan ini. 

Insya Allah, sampai jumpa lagi! 

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.