Kenali Penulis Blog Coklateyes



Siapa Penulis Blog? | Penulis blog www.coklateyes.my adalah Innanie Ariffin. Seorang plussize-woman yang memiliki keyakinan yang tinggi pada setiap apa yang dilakukannya. Berasal dari Kluang, Johor, kini menetap di Kuala Lumpur. 

Sejak Bila Menulis? | Memulakan penulisan blog sejak tahun 2010, Nanie pada mulanya menjadikan blog sekadar untuk mengisi masa lapang terutama apabila penat belajar. Namun, minat dan bakat menulisnya yang gemar bercerita mengenai apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian, membuatkan blog menjadi satu medium utama diri Nanie berkongsi kebaikan kepada semua pembaca. 

Sejak itu, Nanie rajin mencari dan mengolah content & menerima jemputan event serta review agar Nanie mempunyai 'sesuatu' untuk dipersembahkan kepada pembaca. Meletakkan niche blog sebagai "Blog Kecantikan & Gaya Hidup" - Nanie merasakan niche ini paling bersesuian dengan Nanie & membuatkan Nanie sentiasa bersemangat untuk pergi lebih jauh. 


Objektif Utama Penulisan? | Jika ingin difikirkan, terlalu banyak objektif yang Nanie letakkan dalam penulisan Nanie. Apa yang Nanie nampak, Nanie meletakkan kepada 3 bahagian utama. 

Yang pertama - sudah tentunya sebagai cabang "Perkongsian Yang Bermanfaat". Nanie yakin bahawa setiap daripada kita memiliki pengaruhnya tersendiri kepada circle-of-friend kita. Jadi, Nanie melihat blog sebagai satu wadah yang sangat efektif untuk membuat perkongsian terutama yang bermanfaat dan memberi satu ilmu atau info baru kepada pembaca. Nanie sangat-sangat menghargai pembaca blog Nanie yang sentiasa 'menadah' tangan untuk menerima sesuatu yang baru & berguna. 



Yang kedua - Platform untuk menginspirasi diri & orang lain. Menjadi seorang yang plussize, Nanie sering dikategorikan sebagai seorang yang memiliki keyakinan yang tinggi. Walhal, ada kalanya - keyakinan Nanie sendiri turun naik. Tetapi, dengan menulis blog - Nanie yakin bahawa ramai pembaca di luar sana terutamanya yang memiliki saiz seperti Nanie untuk melihat sesuatu yang positif dalam diri mereka. Prinsip Nanie mudah "Pamerkan kelebihan diri anda, sehingga orang lain hanya melihat keistimewaan diri anda dan tidak mempersoalkan kelemahan anda!" 



Yang Ketiga - Sebagai satu jalinan networking & sosial yang membuka minda Nanie. Yes! Melalui blog, Nanie kenal dengan pelbagai lapisan golongan masyarakat. Dalam kehidupan Nanie, tidak pernah sama sekali Nanie meletakkan limitasi pada perhubungan dan pergaulan. Untuk Nanie, setia seorang yang Nanie kenal atau jumpa dalam laluan kehidupan - akan memberikan sesuatu yang berharga untuk kita pelajari. Jadi, begitu juga Nanie harapkan dari pembaca blog Nanie. Nanie ingin anda melihat setiap ruang dan peluang sebagai satu lombong emas untuk anda ketengahkan diri anda dan tambahkan value dalam kehidupan kita. 


Apa Kehebatan Blog Ini? | Setiap blogger memiliki kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Jika soalan ini ditanya pada Nanie - Nanie yakin dengan jawapan yang Nanie berikan. 


Nanie yakin bahawa Blog Coklateyes (www.coklateyes.my) memiliki kelebihan dari segi bahasa & gaya bahaasa serta keterperincian yang Nanie ketengahkan untuk setiap entry. Hasil daripada feedback beberapa Client Blog Coklateyes - amat menyukai gaya penulisan yang Nanie berikan kepada mereka terutama untuk 'tap' pasaran orang Melayu dengan penggunaan bahasa yang terbaik daripada Nanie.

Apabila bahasa yang kita gunakan betul dan tepat, Insya Allah setiap mesej yang hendak disampaikan kepada orang lain juga jelas & mudah untuk mereka faham. Sebab itu, untuk Nanie - penggunaan bahasa yang tepat dan research yang Nanie perlu lakukan sebelum menulis sebarang artikel amat diperlukan. 

Milestone Blog Coklateyes? | Pencapaian Blog Coklateyes ini adalah lebih kepada satu penghargaan peribadi yang Nanie lihat. Antata yang buatkan Nanie sentiasa bangga dengan Blog Coklateyes adalah apabila blog ini layak sebagai 5 blog yang mewakili Malaysia untuk Key Opinion Leaders bagi tahun 2016 di Seoul, Korea dibawah tajaan sepenuhnya oleh THE FACE SHOP. Blog ini telah dipersembahkan di hadapan Board THE FACE SHOP, Korea dan telah dipilih untuk diketengahkan sebagai antara yang berpengaruh untuk menarik pelanggan Melayu di Malaysia. 



Pada tahun tersebut juga, Nanie telah dipilih sebagai "Top10 Fashionable Malaysia Hijabista Beauty Bloggers". Secara jujur memang Nanie terkejut dengan pemilihan tersebut kerana Nanie bukanlah seorang yang berfesyen - namun, antara kriteria yang dipandang adalah keyakinan & transformasi yang Nanie lakukan sejak bergelar blogger membuatkan nama Nanie tercalon dalam list Top 10 tersebut. 

Nanie juga pernah dijemput sebagai salah seorang panel untuk membincangkan isu Fashion To Wedding bagi rancangan Bella di NTV7. Ketika itu, Nanie cabar diri Nanie sendiri untuk tampil yakin berbahasa Inggeris di khalayak ramai dan mengutarakan pendapat dengan baik.


Selain itu juga, melalui Blog Coklateyes - Nanie telah diangkat menjadi "Brand Ambassador" untuk brand Althea Korea - sebuah "World Largest Online Korea Beauty Suppliers". Menerusi program Brand Ambassador tersebut, Nanie merasa sangat berbangga dengan hasil penulisan Nanie yang sedikit sebanyak membantu kepada perkembangan syarikat tersebut sehingga mencatatkan kejayaan kutipan sebanyak USD 3.5Million pada tahun tersebut & menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa! 

Sehingga kini, memasuki tahun ketiga - Nanie dipilih sebagai TFS Friends menerusi brand kecantikan terkenal Korea - THE FACE SHOP. Pemilihan ini membuktikan bahawa "Kecantikan semata-mata bukanlah faktor utama untuk seseorang blogger berjaya!" Nanie yakin bahawa setiap blogger berhak untuk mengekplorasi dan menonjolkan bakat yang dia miliki. 





Perancangan untuk masa depan Blog Coklateyes? |  Sudah semestinya untuk lebih berjaya & lebih establish di Malaysia! Nanie melihat Blog Coklateyes sebagai satu potensi besar untuk Nanie menjadi lebih berani. Jadi, satu per satu langkah dan strategi telah Nanie aturkan untuk mengembangkan lagi bakat Nanie dalam bidang yang Nanie suka. 

Bagi tahun 2018, Nanie bercadang untuk lebih aktif membuat video You Tube di samping mengetengahkan lagi jalinan blog Nanie dengan brand-brand besar yang lain. Nanie juga persiapkan dan belajar mengenai bidang marketing menerusi penulisan content & blog sejak tahun 2015 lagi. Jadi, ilmu marketing tersebut sedikit sebanyak membuatkan entry Nanie semakin mempunyai "value". Ibarat kata pepatah Melayu "Rezeki Baik Dikongsi Bersama!", Nanie juga mempunyai planning untuk membantu rakan-rakan blogger yang lain mencari "rezeki" dalam bidang penulisan blog. Insya Allah! 



Last but not least, Nanie harap sangat-sangat yang para pembaca Blog Coklateyes sentiasa menyokong apa sahaja yang Nanie lakukan terutama untuk blog Nanie. Dan sekiranya ada salah dan silap - sudi untuk menegur Nanie dengan baik. Mudah-mudahan blog ini membawa manfaat kepada semua. Insya Allah. 

Antara brand kecantikan & gaya hidup yang pernah Nanie kolaborasi bersama :




















Follow Nanie : 

Facebook Page - 

Facebook Personal - 

Instagram - 

Twitter - 

You Tube - 

Email - 


Salam Sayang, 
Innanie Ariffin 



  • Share:

.